Soalan Lazim
Dikemaskini pada 04/05/2016
PENGENALAN & INTRO
Q: Bolehkah bisnes topup ini dipercayai?
A: Sehingga ke hari ini (03/05/2016), seramai lebih daripada 73,000 orang telah berdaftar sebagai agen dan dealer topup dengan syarikat SIXTY EIGHT TOPUP DOT COM (No. Pendaftaran SSM: PC0009690-U)yang berdaftar di Pulau Pinang. Syarikat ini juga telah berdaftar dengan pihak KASTAM (GST ID: 000074506240).
Manakala syarikat U FUTURE ENTERPRISE (No. Pendaftaran SSM: AS0239272-U) juga telah lebih dari 14 tahun dalam industri ini iaitu sejak tahun 2001 lagi. Seramai lebih dari 14,000 orang telah menyertai syarikat ini (server baru). Syarikat ini juga telah berdaftar dengan pihak KASTAM (GST ID: 001086853120, 001816387584 & 001964089344).
Kami yakin dan percaya, mereka tidak tertipu dan disebabkan itulah, jumlah keahlian semakin bertambah. Kami tidak mengaut keuntungan semata-mata, tetapi membantu anda untuk menjimatkan pembelian topup berbanding membeli di kedai. Selain berjimat, boleh juga berniaga secara sambilan. Manfaatkan telefon bimbit anda!
Q: Siapakah AIMAN AZIDI?
A: AIMAN AZIDI merupakan dealer kepada syarikat SIXTY EIGHT TOPUP DOT COM dan U FUTURE ENTERPRISE yang diberi kebenaran untuk melantik agen di seluruh Malaysia dengan kadar yuran pendaftaran yang rendah dan mampu oleh setiap orang serta keuntungan yang tinggi!
Q: Adakah saya perlu membeli nombor baru (simcard) untuk mendaftar?
A: Tidak perlu! Anda boleh menggunakan nombor telefon sedia ada untuk mendaftar.
Q: Bagaimana komisyen atau keuntungan topup prepaid dibayar?
A: Keuntungan topup akan dibayar terus oleh pelanggan anda secara 'real time'. Contoh keuntungan Celcom 5.2%, maka setiap RM10, server hanya tolak RM9.48 sahaja dari modal anda dan anda akan menerima RM10 tunai daripada pelanggan. Maka keuntungan anda secara tunai adalah RM0.52.
Q: Adakah server beroperasi 24 jam?
A: Ya! Server beroperasi 24 jam tanpa henti kecuali diberitahu seperti proses baik pulih, 'maintanence' atau 'upgrading'.
Q: Adakah yuran pendaftaran perlu diperbaharui?
A: Tidak! Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali sahaja sewaktu pendaftaran. Tiada yuran tahunan dikenakan.
No comments:
Post a Comment